Sunday, October 25, 2009

PenANGAN Citer TaIwan..."Fated To Love YOu...."

once i started to watch the drama..i wont stop till the end of story... thats y i hate to begin..habis, semua keje tak focus..huhuhuh..banyak outstanding atas meja tue.huhuh..tapi kan..aku nak juga citer pasal drama nie... bukan nak promote.. but i like the story all abouts... dalam cerita nie, ia membuktikan teori aku selama ini...tatau la berapa ramai yang setuju with me but these are mine theories which i prove it by own expriences and what i have been deals with....

1) tempoh bercinta yang lama tidak menentukan bahawa cinta itu adalah your true love. Dalam citer nie, tempoh 5 tahun bercinta tewas dengan 3 bulan perkenalan yang dipenuhi dengan kenangan yang menyentuh hati, dan tempoh 3 bulan itu tidak dapat dilupakan dengan 2 tahun percubaan melalui hubungan yang dirasakan lebih baik ditempohi. So, aku tetap berpegang pada takdir. Bukan pada tempoh percintaan.

2) setiap percintaan bermula dengan pertemuan face to face, tidak kira bagaimana bentuk cara pertemuan itu berlaku. dalam citer nie, diaorg berjumpa kat kapal and mistAKEN slept together. Okay fine, not the right way to meet, yet this is one of million ways to start. So, kalo setakat kenal melalui sms, chatting without seeing each other, perhubungan itu wont work. kalo berlaku pun, percentage utk jadi sgt kecil. Maka, aku rasakan utk mendapat perjumpaan sebegini, kita kena mixed around dan banyak berjumpa dengan orang baru. Libatkan diri dalam pelbagai aktiviti. Expose dengan pelbagai perkara. Kalo setakat hari2 keje kat opis dan bergaul di tempat yang sama, makanyer susah la nak jumpa your true love. Lagi2 kalo mmg sedia maklum orang keliling itu adalah laki dan bini orang. So, kene keluar dan berjumpa ngn orang. I cant accept takat kenal melalui kawan2, pastue tetiba sms.

3) Jodoh itu sememangnya takdir yang telah ditentukan oleh-NYA. Kita jek yang tak perasan dan tatau. Ia mungkin datang awal, dan mungkin datang lambat. Tapi apa pun, we have to find way dan berusaha... Doa itu semestinya...

4) Manusia berpegang pada janji. kalo dah janji, mesti diKota... kerana, terdapat sgt banyak contoh bila janji tidak dikota maka bermulalah kisah perpisahan dan jurang yang kita sendiri bina. So, JANJI itu sangat serius dalam banyak perkara. Dont play with promises that we create ourselves.

5) Percaya dan yakin pada pasangan tidak pernah rugi. Sebab itu, ASAS dalam perhubungan adalah TRUSTWORTHY.

well, drama nie agak menarik sbb ia mengingatkan keadaan diri ku sendiri. Aku agak menjiwai sbb kekadang nampak apa yang aku telah buat pada seseorang. But, i heard that he will get married soon. Mulut kata tak kisah, tapi jauh di sudut hati, sedih bila dikenang kembali. Tapi apakan daya, salah diri sendiri sebab tidak menghargai orang di sisi. Dan untuk memulakan kembali, walaupun dah bertahun dilalui, sukar untuk ditemui.... CHAIYOK ADDA...


Friday, October 16, 2009

ayah oh ayah.....

mmmmmm... cam biasa... selalu jek tak berkesempatan nak tulis dalam blog.. kalo dulu sibuk sailing, payah nak capai internet... skang sama jugak.. dah duk kat darat, sibuk ngan keje, pagi petang kepala otak pikir nak rectify defect la, nak cover keje admin la, nak settle problem staf la, ngan ntah apo2 lagi benda yang kena buat... akhirnyer, sama jugak....tak tercapai nak tulis blog nie.. tup...tup..tup... hampir 9 bulan baru on balik.... waaaa... sebenarnya, hari2 ada jek benda nak tulis. Cuma tak tertaip kat pc sbb penat rasenyer mengadap pc nie dr pg samapi ptg.. malam masa merehatkan mata dan badan.. well, nak pakai lama.. hehehhe... hari2 ada saja benda baru yg aku nampak.. well, at least, untuk diri aku sendiri... dan kali nie, aku benar2 tertarik dgn isu AYAH....

rasenyer, aku sgt bertuah memiliki AYAH seperti ayah ku... ayah mama adalah segalanya padaku... tanpa ayah mama siapa lah aku... tp yang aku nak kata nie, SuSah sebenarnya nak jadi seorang ayah yang pengadil, pengasih, pembimbing, penunjuk ajar dan yg penting sebagai ROLE MoDel kepada anak-anak. Pada pendapat aku, diri seseorg tue pun tak tau adakah dia seorg ayah yang baik atau tidak? sbb itu yg aku nampak. Yang tau,rasa dan dapat nilai adalah ANAK-anak, isteri dan orang keliling si ayah itu sendri. well, rasenyer benda nie apply utk semua. Kita tak dapat tau sejauh mana diri kita nie baik atau jahat, bijak atau kurang bijak, jujur atau tidak dsb.

Yang pasti, aku memiliki ayah yang BEST. Ayah adil. Penting la sangat benda nie. Bukan baru skali, tp banyak kali sgt aku nampak, ayah nie kalo ngn anak bongsu, punya la manja, punya la sayang sampai apopun si anak bongsu ni buat ke minta ker, senang jek dapat, semua benda yang dia buat semua menyenangkan mata. lagi la kalo anak jarak anak yg bongsu ni jauh berbanding kakak abang yang di atas. Ada korang perasan tak? tengok betul2... mmg betul la, anak bongsu nie dapat time umo pun dah sedikit dewasa, apo org kata, time bdk tue besar, si ayah pun makin tua, dia la pengubat hati. Diri pun tak kuasa dah nak marah2 berbanding time kakak abang dulu. mmmmm... antara sedar atau tidak, sebenarnya anak-anak lain ada yang terasa. Itu kekadang adik bongsu asik kena buli. ahaksss.... tapi aku okay... Aku kata ayah aku best, sebab dari kecik sampai besar, ayah aku layan anak-anak sama rata. tak lebih kat sesapa pun. Mungkin sebab ayah pun sikap terbuka ngn anak-anak, berkongsi cerita dan masalah juga sering menerangkan situasi kepada anak-anak. maka, kami adik-beradik faham, kenapa dan bagaimana. tak pernah rasa ayah berat sebelah. kalo rasa pun, kami bersuara dan ayah akan terangkan kenapa.

Terdapat banyak persoalan yang terpendam dalam hati dan pemikiran anak-anak. Ayah adalah contoh terbaik sebagai rujukan dan ROLE MODEL. kekadang, anak-anak tak bertanya, tapi dia tengok apo yang ayah buat sekiranya begini dan begitu. So, bayangkan la, kalo si ayah nie tak cukup hebat dan bagus untuk jadi contoh, apakah hasil dan kesan ke atas anak-anak... nie baru cakap pasal Ayah... belum lagi Ibu atau mama...

Aku betul2 respect Ayah aku sampai even dalam tentera nie pun, aku tetap kata, aku tak takut ngn boss marah, sebab nanti leh counter balik, tapi aku takut buat ayah mama marah.... sbb aku hormat, sayang dan kasih mmg dari hati. aku tak mau buat mereka sedih mahupun risaukan aku. Sebenarnyer tak mudah nak jadi org yang dihormati. aku sendri tak pasti adakah aku boleh buat anak2 aku nanti rasa sepertimana yang aku rase terhadap kedua orang tua ku... siapa kata jadi AYAH tue senang kan???

buat kawan2 yang dah ada anak, all the best... setakat rasa sayang jek blum mencukupi. Banyak dan sangat banyak benda yang AYAH kena tau.