Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

Sunday, July 06, 2014

MISI NYAH DIABETES

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera kepada kalian semua... Semoga Allah memberkati dan melindungi hidup kita... Aamiin..

Lagi cerita Diabetes Mellitus... Sebelum ni, saya dah memberikan fakta berkaitan Diabetes.. sekarang mari kita teliti pulak mengapa luka orang diabetes ni susah sembuh..

Bilamana sebut Diabetes.. maka pasti ia akan dikaitkan dengan gula dalam darah yang tinggi... gula itu bersifat diuresis atau menarik air...

Kandungan utama plasma darah itu air, dengan adanya gula pada darah maka air pada plasma akan diserap oleh gula. Ini akan mengakibatkan darah kita menjadi mengental.

Jika terjadi sebuah luka maka faktor pembekuan darah mengambil peranan penting. Faktor pembekuan darah (trombosit,fibrinogen) sendiri merupakan komponen dalam darah.

Luka akan cepat sembuh kerana pengaliran dari faktor pembekuan darah yang cepat juga, namun begitu, apabila aliran darah tersumbat (darah mengental) pada penderita diabetes, faktor pembekuan darah menjadi sulit untuk menutupi luka. Inilah yang mengakibatkan luka menjadi sukar sembuh.

Selain itu adanya gula juga menjadi penggalak bagi pertumbuhan bakteria.

Makanya selain sukar sembuh penderita diabetes juga kerap kali mengalami infeksi atau jangkitan kuman kesan daripada bakteria. Keadaan yang kronik boleh mengakibatkan kaki dipotong. Hal lain yang perlu diperhatikan pada penderita diabetes adalah kerana adanya gula darah maka dapat terjadi kerosakan saraf terutama pada saraf kaki. Inilah yang mengakibatkan penderita diabetes seringkali merasa kebas atau semut-semut pada kakinya.

MISI NYAH DIABETES bermula di sini...!

Diabetes Mellitus: Orang Kampung panggil Kencing Manis...

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera kepada kalian semua... Semoga Allah memberkati dan melindungi hidup kita... Aamiin..

Diabetes Mellitus... Orang kampung saya panggil Kencing Manis... Merujuk kepada penulisan Dr. Fatanah Ismail daripada myhealth.gov.my, Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua Jenis Diabetes
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o  Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o  Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o  Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o  Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Sekarang... mari kita Fahami Gejala dan Komplikasi pula...