Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera kepada kalian semua... Semoga Allah memberkati dan melindungi hidup kita... Aamiin..
Diabetes Mellitus... Orang kampung saya panggil Kencing Manis... Merujuk kepada penulisan Dr. Fatanah Ismail daripada myhealth.gov.my, Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Dua Jenis Diabetes
- Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
- Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.
10 Gejala Diabetes
Komplikasi Diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
- Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.
- Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
- Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
- Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
- Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
- Otak - Angin ahmar
- Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
- Jantung - Sakit jantung
Sekian untuk fakta Diabetes... sekarang mari kita tengok apa yang boleh dilakukan bagi menjayakan MISI Nyah DIABETES... kalau boleh memang tanak tapi bila dah kena, WAJIB ke atas diri kita untuk memulihkan tubuh agar dapat mengembalikan KESIHATAN... itu namanya menuju Puncak... PUNCAK KESIHATAN...
Vivix??? Itu adalah satu cadangan.. terserah anda... its worth the price.... tak percaya takpe... ambil je dulu... (^.^)... jom baca lagi perincian bagaimana Vivix membantu dalam mengatasi masalah Diabetes ini.. Klik aje kat MISI NYAH DIABETES...
Mari share artikel ni dengan kawan-kawan yea... Adda sayang Kamu...
Adawiah -019.699.71.01- |
No comments:
Post a Comment