Saturday, July 05, 2014

Resveratrol datangnya dari Kulit Anggur Muskat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Anggur Muskat adalah salah satu kandungan yang ada dalam Vivix... Dah tau kan sebab saya dah bagitau dalam entry sebelum ni.. tapi sebab nak tau lagi, saya google lagi pasal nie... standard pencarian di era ini...En GOOGLE... Saya jua ada curiosity ke atas apa jua yang saya ambil... kita kena tau apa kita ambil! 

Di sini, saya jumap artikel dari Utusan Malaysia, 15 Dis 06.... Dah lama saintis temui khasiat kulit anggur ni. Sila baca artikel ni yea.. saya cuma nak highlight yang nie:
" Menurut seorang pensyarah Institut Kedoktoran Harvard, David Sinclair, Resveratrol juga mempunyai potensi yang besar untuk mencegah kerosakan otot di usia tua."
Posted on 2007-02-15 11:54:52 
Resource Centre Online Digital Library © 2003 Chemical Engineering Pilot Plant © webmaster@cepp.utm.m
Lagi pasal Resveratrol... kali nie saya merujuk artikel daripada YEO LI SHIAN. Kena bagitau kat sini sebab beliau telah buat study pasal ni. Kredit buat YEO. 
Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular. Menurut Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat (AS), Dr. Carsten R. Smidt, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.
Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.
Anggur Muskat yang indah (^.^)
"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).
"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.
Jom Minum Vivix..(^.^)
Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.
Penggunaan buah muskat juga pernah direkodkan dalam budaya masyarakat Asia bagi melegakan masalah jantung dan aneka gangguan pada hati.
Melihat kepada khasiat buah muskat, maka tidak hairanlah bekas Presiden AS, Thomas Jefferson turut dilaporkan pernah menanam pokok buah muskat di kediamannya di Monticello, sepanjang awal tahun 1800-an.
Artikel penuh, mari rujuk sini....
Seperti biasa... jom la share benda ni dengan kawan-kawan yea... celik mata dalam pemilihan supplement... Love you..
Adawiah -019.699.71.01-

No comments: