Monday, July 07, 2014

Travelling: Makan Minum di Negara Orang...

hai..hai...
Travelling itu indah... sebab dapat jalan-jalan cari MAKAN di tempat orang... hohoho... I love it... really!!! Tahun 2012... Bukit Tinggi dan Padang kat Sumatera Barat, Indonesia... pastue.. Madinah dan Mekah... sambung kat Sydney dan Canberra, Australia... sambung lagi kat Tokyo dan Mt Fuji, Jepun dan akhir tahun ditutup kat Singapore... Cam poyo lak semua Luar negara... kat Malaysia ada gak.. kat Kuching, Sarawak... still over the sea... heheh... di antara travelling ada aktiviti lain... hidup SIHAT memang menggembirakan.. sebab macam-macam boleh buat...

Nak cite satu-satu.. banyak sangat... skit-skit ek... entry kali nie koleksi gambar makan minum utk tahun 2012 di negara orang... 2013 ada gak.. 2014 tengah kumpul... heheh... best..best... tak tunjuk gambar yang best nan indah lagi nie... I am so EXCITED bila mana cerita pasal benda nie... semua nie NIKMAT Allah... betapa BESAR dan LUAS bumi ALLAH untuk diteroka...

Kat Australia..benda yang sentiasa di order.. HOT CHOCLATE... (^.^)




Nie masa pergi area MT Fuji, Japan... jenuh cari makanan HALAL yang boleh dimakan... seafood dan vege la... tempura dengan soba mee... suka.. suka... (^.^)














Yang nie lak masa kat Bukit Tinggi dan Padang... Air Avocando dan air kopi kayu manis... best gak rupanyer... hehhe...

Kerana keseronokan inilah saya kena pastikan KESIHATAN kena sentiasa TIP TOP... yeah... mari menuju PUNCAK KEBAHAGIAAN... NIKMAT Allah ini terlalu banyak untuk diteroka dan dinikmati... Jom Vivix...memelihara kesihatan menyeluruh... heheh...

Salam Mesra,
-Adda Da Best- 

Sunday, July 06, 2014

MISI NYAH DIABETES

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera kepada kalian semua... Semoga Allah memberkati dan melindungi hidup kita... Aamiin..

Lagi cerita Diabetes Mellitus... Sebelum ni, saya dah memberikan fakta berkaitan Diabetes.. sekarang mari kita teliti pulak mengapa luka orang diabetes ni susah sembuh..

Bilamana sebut Diabetes.. maka pasti ia akan dikaitkan dengan gula dalam darah yang tinggi... gula itu bersifat diuresis atau menarik air...

Kandungan utama plasma darah itu air, dengan adanya gula pada darah maka air pada plasma akan diserap oleh gula. Ini akan mengakibatkan darah kita menjadi mengental.

Jika terjadi sebuah luka maka faktor pembekuan darah mengambil peranan penting. Faktor pembekuan darah (trombosit,fibrinogen) sendiri merupakan komponen dalam darah.

Luka akan cepat sembuh kerana pengaliran dari faktor pembekuan darah yang cepat juga, namun begitu, apabila aliran darah tersumbat (darah mengental) pada penderita diabetes, faktor pembekuan darah menjadi sulit untuk menutupi luka. Inilah yang mengakibatkan luka menjadi sukar sembuh.

Selain itu adanya gula juga menjadi penggalak bagi pertumbuhan bakteria.

Makanya selain sukar sembuh penderita diabetes juga kerap kali mengalami infeksi atau jangkitan kuman kesan daripada bakteria. Keadaan yang kronik boleh mengakibatkan kaki dipotong. Hal lain yang perlu diperhatikan pada penderita diabetes adalah kerana adanya gula darah maka dapat terjadi kerosakan saraf terutama pada saraf kaki. Inilah yang mengakibatkan penderita diabetes seringkali merasa kebas atau semut-semut pada kakinya.

MISI NYAH DIABETES bermula di sini...!

Diabetes Mellitus: Orang Kampung panggil Kencing Manis...

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera kepada kalian semua... Semoga Allah memberkati dan melindungi hidup kita... Aamiin..

Diabetes Mellitus... Orang kampung saya panggil Kencing Manis... Merujuk kepada penulisan Dr. Fatanah Ismail daripada myhealth.gov.my, Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua Jenis Diabetes
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o  Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o  Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o  Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o  Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Sekarang... mari kita Fahami Gejala dan Komplikasi pula...

Anti Aging: MENJADI TUA itu PASTI... tapi kekal MUDA itu PILIHAN..

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera ke atas kalian semua... Semoga Allah terus memberkati hidup kita semua. Aamiin...

Demi mencapai puncak KEJAYAAN, KESIHATAN perlu TIP TOP... SIHAT bukan pilihan tapi KEMESTIAN... maka dari itu, ia perlu diusahakan dan dipelihara... dibiarkan maka SIHAT akan jauh dari kita... kenapa??? sudah semestinya kerana bila mana masa itu berlalu, PENUAAN atau AGING itu akan turut serta berlaku... sesuatu yang tidak dapat dielakkan tetapi PENUAAN ini dapat dicegah, ditangani bahkan dikembalikan ke keadaan semula. 

Mari kita cuba memahami proses PENUAAN... ini hasil daripada pembacaan en google lagi. Rujukan diambil dari "Kumar V, Cotran R.S, Robbin S.L, Basic Pathology, 84. Kumar V, Cotran R.S, Robbin S.L, Basic Pathology, 8th ed, Saunders, Philadelphia, 2007 ; 28-30".

Proses penuaan merupakan proses yang berhubungan dengan umur seseorang. Manusia mengalami perubahan sesuai dengan bertambahnya umur seseorang tersebut. Semakin bertambah umur semakin berkurang fungsi-fungsi organ tubuh. 

Hal ini dapat kita lihat dari perbandingan struktur dan fungsi organ antara manusia yang berumur 70 tahun dengan mereka yang berumur 30 tahun iaitu :

1.     Berat otak 56%
2.     Aliran darah ke otak 80%
3.     CardiacOutput 70 %
4.     Jumlah glomerulus 56%
5.     Glomerular filtration rate 69%
6.     Vital capacity 56%
7.     Asupan O2 selama olahraga 40%
8.     Jumlah dari axon pada saraf spinal 63%
9.     Kecepatan pengantar inpuls saraf 90%
10.   Berat badan 88%

Apa faktor proses penuaan ini??? Nak stop tak boleh sebab kita takleh menghentikan masa... tapi boleh kalau nak melambatkan... Camne??? Jom baca lagi...

Saturday, July 05, 2014

Resveratrol datangnya dari Kulit Anggur Muskat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Anggur Muskat adalah salah satu kandungan yang ada dalam Vivix... Dah tau kan sebab saya dah bagitau dalam entry sebelum ni.. tapi sebab nak tau lagi, saya google lagi pasal nie... standard pencarian di era ini...En GOOGLE... Saya jua ada curiosity ke atas apa jua yang saya ambil... kita kena tau apa kita ambil! 

Di sini, saya jumap artikel dari Utusan Malaysia, 15 Dis 06.... Dah lama saintis temui khasiat kulit anggur ni. Sila baca artikel ni yea.. saya cuma nak highlight yang nie:
" Menurut seorang pensyarah Institut Kedoktoran Harvard, David Sinclair, Resveratrol juga mempunyai potensi yang besar untuk mencegah kerosakan otot di usia tua."
Posted on 2007-02-15 11:54:52 
Resource Centre Online Digital Library © 2003 Chemical Engineering Pilot Plant © webmaster@cepp.utm.m
Lagi pasal Resveratrol... kali nie saya merujuk artikel daripada YEO LI SHIAN. Kena bagitau kat sini sebab beliau telah buat study pasal ni. Kredit buat YEO. 
Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular. Menurut Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat (AS), Dr. Carsten R. Smidt, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.
Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.
Anggur Muskat yang indah (^.^)
"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).
"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.
Jom Minum Vivix..(^.^)
Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.
Penggunaan buah muskat juga pernah direkodkan dalam budaya masyarakat Asia bagi melegakan masalah jantung dan aneka gangguan pada hati.
Melihat kepada khasiat buah muskat, maka tidak hairanlah bekas Presiden AS, Thomas Jefferson turut dilaporkan pernah menanam pokok buah muskat di kediamannya di Monticello, sepanjang awal tahun 1800-an.
Artikel penuh, mari rujuk sini....
Seperti biasa... jom la share benda ni dengan kawan-kawan yea... celik mata dalam pemilihan supplement... Love you..
Adawiah -019.699.71.01-