Monday, July 07, 2014

Travelling: Makan Minum di Negara Orang...

hai..hai...
Travelling itu indah... sebab dapat jalan-jalan cari MAKAN di tempat orang... hohoho... I love it... really!!! Tahun 2012... Bukit Tinggi dan Padang kat Sumatera Barat, Indonesia... pastue.. Madinah dan Mekah... sambung kat Sydney dan Canberra, Australia... sambung lagi kat Tokyo dan Mt Fuji, Jepun dan akhir tahun ditutup kat Singapore... Cam poyo lak semua Luar negara... kat Malaysia ada gak.. kat Kuching, Sarawak... still over the sea... heheh... di antara travelling ada aktiviti lain... hidup SIHAT memang menggembirakan.. sebab macam-macam boleh buat...

Nak cite satu-satu.. banyak sangat... skit-skit ek... entry kali nie koleksi gambar makan minum utk tahun 2012 di negara orang... 2013 ada gak.. 2014 tengah kumpul... heheh... best..best... tak tunjuk gambar yang best nan indah lagi nie... I am so EXCITED bila mana cerita pasal benda nie... semua nie NIKMAT Allah... betapa BESAR dan LUAS bumi ALLAH untuk diteroka...

Kat Australia..benda yang sentiasa di order.. HOT CHOCLATE... (^.^)




Nie masa pergi area MT Fuji, Japan... jenuh cari makanan HALAL yang boleh dimakan... seafood dan vege la... tempura dengan soba mee... suka.. suka... (^.^)














Yang nie lak masa kat Bukit Tinggi dan Padang... Air Avocando dan air kopi kayu manis... best gak rupanyer... hehhe...

Kerana keseronokan inilah saya kena pastikan KESIHATAN kena sentiasa TIP TOP... yeah... mari menuju PUNCAK KEBAHAGIAAN... NIKMAT Allah ini terlalu banyak untuk diteroka dan dinikmati... Jom Vivix...memelihara kesihatan menyeluruh... heheh...

Salam Mesra,
-Adda Da Best- 

Sunday, July 06, 2014

MISI NYAH DIABETES

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera kepada kalian semua... Semoga Allah memberkati dan melindungi hidup kita... Aamiin..

Lagi cerita Diabetes Mellitus... Sebelum ni, saya dah memberikan fakta berkaitan Diabetes.. sekarang mari kita teliti pulak mengapa luka orang diabetes ni susah sembuh..

Bilamana sebut Diabetes.. maka pasti ia akan dikaitkan dengan gula dalam darah yang tinggi... gula itu bersifat diuresis atau menarik air...

Kandungan utama plasma darah itu air, dengan adanya gula pada darah maka air pada plasma akan diserap oleh gula. Ini akan mengakibatkan darah kita menjadi mengental.

Jika terjadi sebuah luka maka faktor pembekuan darah mengambil peranan penting. Faktor pembekuan darah (trombosit,fibrinogen) sendiri merupakan komponen dalam darah.

Luka akan cepat sembuh kerana pengaliran dari faktor pembekuan darah yang cepat juga, namun begitu, apabila aliran darah tersumbat (darah mengental) pada penderita diabetes, faktor pembekuan darah menjadi sulit untuk menutupi luka. Inilah yang mengakibatkan luka menjadi sukar sembuh.

Selain itu adanya gula juga menjadi penggalak bagi pertumbuhan bakteria.

Makanya selain sukar sembuh penderita diabetes juga kerap kali mengalami infeksi atau jangkitan kuman kesan daripada bakteria. Keadaan yang kronik boleh mengakibatkan kaki dipotong. Hal lain yang perlu diperhatikan pada penderita diabetes adalah kerana adanya gula darah maka dapat terjadi kerosakan saraf terutama pada saraf kaki. Inilah yang mengakibatkan penderita diabetes seringkali merasa kebas atau semut-semut pada kakinya.

MISI NYAH DIABETES bermula di sini...!

Diabetes Mellitus: Orang Kampung panggil Kencing Manis...

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera kepada kalian semua... Semoga Allah memberkati dan melindungi hidup kita... Aamiin..

Diabetes Mellitus... Orang kampung saya panggil Kencing Manis... Merujuk kepada penulisan Dr. Fatanah Ismail daripada myhealth.gov.my, Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua Jenis Diabetes
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o  Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o  Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o  Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o  Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Sekarang... mari kita Fahami Gejala dan Komplikasi pula...

Anti Aging: MENJADI TUA itu PASTI... tapi kekal MUDA itu PILIHAN..

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera ke atas kalian semua... Semoga Allah terus memberkati hidup kita semua. Aamiin...

Demi mencapai puncak KEJAYAAN, KESIHATAN perlu TIP TOP... SIHAT bukan pilihan tapi KEMESTIAN... maka dari itu, ia perlu diusahakan dan dipelihara... dibiarkan maka SIHAT akan jauh dari kita... kenapa??? sudah semestinya kerana bila mana masa itu berlalu, PENUAAN atau AGING itu akan turut serta berlaku... sesuatu yang tidak dapat dielakkan tetapi PENUAAN ini dapat dicegah, ditangani bahkan dikembalikan ke keadaan semula. 

Mari kita cuba memahami proses PENUAAN... ini hasil daripada pembacaan en google lagi. Rujukan diambil dari "Kumar V, Cotran R.S, Robbin S.L, Basic Pathology, 84. Kumar V, Cotran R.S, Robbin S.L, Basic Pathology, 8th ed, Saunders, Philadelphia, 2007 ; 28-30".

Proses penuaan merupakan proses yang berhubungan dengan umur seseorang. Manusia mengalami perubahan sesuai dengan bertambahnya umur seseorang tersebut. Semakin bertambah umur semakin berkurang fungsi-fungsi organ tubuh. 

Hal ini dapat kita lihat dari perbandingan struktur dan fungsi organ antara manusia yang berumur 70 tahun dengan mereka yang berumur 30 tahun iaitu :

1.     Berat otak 56%
2.     Aliran darah ke otak 80%
3.     CardiacOutput 70 %
4.     Jumlah glomerulus 56%
5.     Glomerular filtration rate 69%
6.     Vital capacity 56%
7.     Asupan O2 selama olahraga 40%
8.     Jumlah dari axon pada saraf spinal 63%
9.     Kecepatan pengantar inpuls saraf 90%
10.   Berat badan 88%

Apa faktor proses penuaan ini??? Nak stop tak boleh sebab kita takleh menghentikan masa... tapi boleh kalau nak melambatkan... Camne??? Jom baca lagi...

Saturday, July 05, 2014

Resveratrol datangnya dari Kulit Anggur Muskat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Anggur Muskat adalah salah satu kandungan yang ada dalam Vivix... Dah tau kan sebab saya dah bagitau dalam entry sebelum ni.. tapi sebab nak tau lagi, saya google lagi pasal nie... standard pencarian di era ini...En GOOGLE... Saya jua ada curiosity ke atas apa jua yang saya ambil... kita kena tau apa kita ambil! 

Di sini, saya jumap artikel dari Utusan Malaysia, 15 Dis 06.... Dah lama saintis temui khasiat kulit anggur ni. Sila baca artikel ni yea.. saya cuma nak highlight yang nie:
" Menurut seorang pensyarah Institut Kedoktoran Harvard, David Sinclair, Resveratrol juga mempunyai potensi yang besar untuk mencegah kerosakan otot di usia tua."
Posted on 2007-02-15 11:54:52 
Resource Centre Online Digital Library © 2003 Chemical Engineering Pilot Plant © webmaster@cepp.utm.m
Lagi pasal Resveratrol... kali nie saya merujuk artikel daripada YEO LI SHIAN. Kena bagitau kat sini sebab beliau telah buat study pasal ni. Kredit buat YEO. 
Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular. Menurut Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat (AS), Dr. Carsten R. Smidt, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.
Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.
Anggur Muskat yang indah (^.^)
"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).
"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.
Jom Minum Vivix..(^.^)
Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.
Penggunaan buah muskat juga pernah direkodkan dalam budaya masyarakat Asia bagi melegakan masalah jantung dan aneka gangguan pada hati.
Melihat kepada khasiat buah muskat, maka tidak hairanlah bekas Presiden AS, Thomas Jefferson turut dilaporkan pernah menanam pokok buah muskat di kediamannya di Monticello, sepanjang awal tahun 1800-an.
Artikel penuh, mari rujuk sini....
Seperti biasa... jom la share benda ni dengan kawan-kawan yea... celik mata dalam pemilihan supplement... Love you..
Adawiah -019.699.71.01-

Friday, May 09, 2014

VIVIX: Kerana Ia Mampu Memberi PERUBAHAN

Assalamualaikum wrt.... Salam sejahtera kepada anda semua. Semoga kita sentiasa di bawah perlindungan ALLAH....


Untuk menuju Puncak... Perubahan perlu dilakukan... Orang biasa-biasa... dia akan menerima keadaan seadanya... Tapi saya percaya, kita orang yang hebat..sebab itu kita ingin melakukan PERUBAHAN... Dan untuk itu, kita perlu cari MEDIUM bagi setiap perubahan...

Daripada perspektif penampilan diri, kesihatan dari dalam perlu diperhatikan... Untuk menjadi lebih sihat..lebih cantik...itu juga PERUBAHAN...lebih bermaksud kita tidak menerima keadaan yang dialami sekarang...bukan sebab tidak bersyukur namun kerana rasa bersyukur itulah kita berusaha ke arah yang lebih POSITIF... ALLAH MAHA BERKUASA... Sesungguhnya zatNYA AMAT TERAMAT besar yang tidak dapat dijangkau oleh akal... terokailah ia....

Dan bagaimana VIVIX itu mampu memberi Perubahan? Sebelum itu, mari kenali VIVIX. 

Vivix merupakan tonik campuran polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel, termasuk membantu melindungi dan membaniki kerosakan DNA, mempengaruhi pengawalatur genetik untuk jangka hayat sel, membantu penghasilan tenaga dari mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE.




Vivix boleh dimanfaat oleh SESIAPA SAHAJA yang mementingkan kesihatan optimum... Oppss... Tapi Vivix tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusu, dan mereka yang berumur di bawah 18 tahun...

Wednesday, May 07, 2014

Misi Menyelamat Perokok Tegar

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 


haaaa... bestkan MISI ni??? saya pun excited... Sebab of course, saya tak suka orang merokok... rosak paru-paru ku okay... lagipun, ahli keluarga lelakiku semua tak merokok... sayangnya, ramai lelaki-lelaki yang aku sayangi, hormati, sanjungi merokok..perokok tegar some more... sayu tau sebenarnya... dalam hati ni selalu berharap semoga tuan-tuan, kawan-kawan, adik abang semua berhenti merokok... selalu pikir camne la nak tegur...eh salah, dah tegur dah...tapi, apa katanya, HILANG STRESS... okay fine... please proceed... and yes, I am always thinking a way on how to help you guys... <ini betul-betul... bukan baru rasa sekarang... memang inilah perasaan yang kurasakan>

Nak tunjuk gambar-gambar nie? Boleh la tunjuk.... semuaorang tahu rokok mengakibatkan semua di dalam gambar ni... paru-paru sebegini boleh terjadi ke atas orang yang tak meroko juga tau, kalau selalu hirup asap perokok.. huuhuh... sebab saya sayang diri saya dan saya sayang anda semua, sayangkan duit dan kesihatan tau...izinkan saya mencadangkan supplement ini....

Supplement yang sesuai untuk mengurangkan keinginan merokok adalah supplement yang mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi. Ini kerana terdapat kajian para ilmuan daripada University of Rochester yang mendapati bahawa antioksidan mempunyai potensi untuk memperbaiki kerosakan sel dan melawan radikal bebas akibat kesan nikotin.

Antara supplement Shaklee yang dicadangkan untuk bantu berhenti merokok adalah Vitamin C, Vitamin E, CarotaMax dan Vivix. Keempat-empat supplement ini mengandungi sumber antioksidan yang sangat tinggi, bagus, berkualiti dan dari sumber yang semulajadi. Anda boleh juga mengambil DTX Complex terlebih dahulu untuk melakukan proses detoksifikasi.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a8c88a0055f636e4a163a5e3d16adab7
Macam mana Vivix membantu? 
Bagi perokok tegar, nikotin serta segala macam jenis racun yang terkandung dalam rokok telah meresap sebati ke dalam sel DNA. Tengok betapa bahayanya merokok ni. Sampai sekecil-kecil sel dia meresap. Vivix membantu memperbaiki sel-sel DNA badan yang dah rosak akibat bahan-bahan beracun yang terkandung dalam rokok tu. 

Dengan pengambilan Vivix Shaklee selama 2 minggu secara berterusan, InshaAllah boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya. Vivix Shaklee akan menyebabkan anda secara automatik tidak mahu merokok lagi sebab setiap kali anda merokok, rokok tersebut akan rasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sendiri akan menolak rokok secara automatik. 

Yang saya suka sangat pasal vivix nie, sebab bukan sahaja boleh berhenti merokok, bahkan anda juga akan bertambah berseri dan nampak muda. Kenapa? Sebab Vivix Shaklee merupakan antioksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda. Ada lagi, sesiapa yang ada kencing manis, darah tinggi, jantung... secara tidak langsung membantu mengurangkan atau mungkin menyembuhkan.. In Shaa Allah... inilah bagusnya bila memilih supplement berasaskan bahan-bahan semulajadi.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a8c88a0055f636e4a163a5e3d16adab7

Harga VIVIX? hmmm... memang mahal... RM475... but for me, its worth the price dibandingkan dengan KESIHATAN yang bakal diperolehi...
Mohon anda bandingkan:

Harga ROKOK vs VIVIX

Setahu saya sekotak rokok premium 20 batang berharga RM16. Dah katanyer perokok tegar, sehari maybe sekotak kot. Kalau nak jimat, maybe boleh tahan 2 hari. Tu belum kira ada yang jenis suka mengepow rokok member kan.

RM16 x 30 hari = RM480 sebulan (WOW!!!!)
RM480 x 12 bulan = RM5760 setahun (WOWOWOWOW!!!!)

Makanya, harga RM475 itu, sikit je la kan... hah... nak dapat discount... jadi la ahli...so kuranglah harganya kepada RM380... 

Apepun, hidup ini sentiasa ada pilihan, Vita-E Complex (RM149), Sustainable Release Vita-C Plus (RM92.50), CarotaMax (RM74) dan tambahan DTX Complex (RM155). Silalah pilih dan hubungilah saya untuk penerangan lanjut.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=49182f81e6a13cf5eaa496d51fea6406


Testimoni mereka yang sudah BERJAYA ada ramai dan banyak... Tapi, percayalah, anda juga boleh melakukannya. PERCAYA SEBELUM BERJAYA, PASTI BERJAYA...



Akhir kata, Jom ikut serta dalam Misi saya: Misi Menyelamat Perokok Tegar.... tanak ambil supplement takpe, tapi ambillah apa-apa sumber makanan yang  mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi. 



KITA SEMUA BERHAK UNTUK MENDAPATKAN HIDUP YANG LEBIH BAIK... yea... Marilah kita BERUBAH kepada kebaikan... 
Saya sayang anda...Saya sayang diri saya...

Tuesday, May 06, 2014

Pengambilan Supplement

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...


Cakap pasal supplement jap... Kenapa perlu ambil supplement? Dulu selalu tengok ayah makan supplement.. rajin betul ayah makan... tapi sikit pun tak terpengaruh.. al-maklum lah... muda lagi.. remaja... mana la pandang semua tue.. tapikan, bila umur semakin meningkat, perubahan... yea..perubahan semulajadi ini semakin dirasai... kita bukan selamanya muda okay... degrading is the words... Antara suka atau tidak, ia tetap berlaku... bezanya... antara korang cepat sedar atau tidak... 

Untuk aku, aku sangat concern dengan perubahan diri... sebab itulah, akhirnya aku memulakan pengambilan supplement sepertimana ayah.. hehhe... kenapa? 

setelah banyak product yang aku ambil, akhirnya Shaklee adalah supplement yang terkini dan In Shaa Allah akan diteruskan... Creating Healthier Lives gitue.. 

Fakta-fakta di bawah ini dapat menjawab persoalan:

1.Supplemen @ Pemakanan Tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin, garam galian, asid amino, dan herba, dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini.
2.Basically..individu yang tidak mengambil makanan seimbang dalam diet harian mereka memerlukan makanan tambahan.
3.Antara sebab2 kenapa kita perlukan suplemen:
  • Kita sering berhadapan dgn pencemaran alam sekitar
  • Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dgn dos yg lebih tinggi
  • Buah2an atau sayur2an mungkin terjejas atau tercemar
  • Mengamalkan gaya hidup tak sihat... cuba korang kira bapa kali korang makan fast food...tinggi tue MSG... sesekali takpe la...tapi kalo selalu??? perghh...
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
  • Kehilangan nutrien dlm makanan
  • Kebanyakan rakyat malaysia hanya mkn mengikut selera rasa


Ada kawan cakap, yang penting jaga pemakanan... makan makanan sunnah... well, bukan aku kata salah, tapi persoalannya sejauh mana leh jaga pemakanan di Malaysia yang bagaikan Syurga Makanan nie... Sungguh tinggi cabaran hidup kat Malaysia.. I love food... i eat everything that look delicious...Nikmat hidup tue... hehehh... takpe lah, sebab tue aku amik supplement...Cover balik...


Makanan sunnah? Siapa la kata ambil supplement tinggal makanan sunnah... ish..ish... sebagai orang yang bijak pandai, silalah buat pertimbangan yang lebih bijak... makanan sunnah adalah makanan yang disebut dalam al-Quran dan menjadi kegemaran serta amalan junjungan Nabi MUHAMMAD SAW. Semestinya ada kelebihan untuk menjaga kesihatan. Aku tak pandai nak hurai panjang, tapi to me, aku mengamalkan kedua-duanya.... Makanan sunnah dan juga supplement... dua-dua pun dapat.... buat apa nak pilih kalo semua pun benda baik... For now, yang diamalkan minyak zaitun dan cuka tin... air zam-zam pantang jumpa... kurma..best tue...madu pun sama...pergh... yummy...

Berubah itu ada macam-macam... Dan aku memutuskan untuk membuat salah satu perubahan dalam hidup dengan pengambilan supplement yang konsisten...istiqamah..tiru macam ayah... Kenapa? Sebab untuk lebih sihat...lebih cantik...lebih bijak...dan kekal remaja gitue... 

Semua orang berhak untuk kekal SIHAT... CANTIK... BIJAK... 

Adawiah -019.699.71.01-

Tuesday, April 29, 2014

Kembali dengan Azam baru....

fulamak.... lamanya tak berblogging... last 2010...

So many things happen within this 4 years... sedar-sedar hampir di penghujung perkhidmatan... walaupun lagi setahun... terasa perlu ada sesuatu yang perlu dilakukan sekarang demi masa depan...
Subhanaallah.. dengan kuasa Allah.. semua berlaku dalam sekelip mata... hati terdetik untuk mulakan PERUBAHAN.. yea...BERUBAH...PILIHAN...GEMBIRA..SEMANGAT...PASTI BOLEH... semua bermain-main di minda...

Tahun 2013...
Dua benda yang aku cuba yakinkan diri... bahawa beli rumah dan sambung master adalah perlu... semua demi bekalan masa hadapan... hmmm... bila meningkat umur... kita memang banyak berfikir untuk masa hadapan... tidak kira la apa status pun.. bujang ke kahwin ke... kita wajib fikir masa hadapan... dan yes... the words is BERUBAH... sebab sampai bila kita akan berada di dalam zon selesa... keselesaan itu dengan masa akan berkurang juga.. it is a NATURE... Syukur aku terdetik juga untuk usahakan dua perkara ini... dan ALHAMDULILLAH... berjaya membeli rumah dan berjaya sambung belajar.... syukur Ya Allah... rupanya tak susah pun... kenapa la sebelum nie TAKUT sangat tak cukup duit nak beli la... tak cukup masa untuk belajar la... takut tak dapat bergembira la... leceh nak uruskan pinjaman la.. susah nak dapat tajaan... haish... banyak betul takutnya... tapi alhamdulillah... bila hati tue tekad .. walaupun ada susahnya... sebenarnya memang kena REDAH je... aku gembira sebab aku sememangnya rasa GEMBIRA (walaupun penuh masa kerja dan belajar)... tapi hati memangg bahagia bersama kawan-kawan master... PILIHAN yang tepat... rumah pun dengan masa, ia akan siap... rumah sendiri okay... (^.^)...

April 2014....
Sekali lagi hatiku mula terdetik lagi... balik dari cuti Seoul... (oh lupa... sejak tahun 2012.. aku mula belajar backpacking to oversea... best... memang best... and I don't have the intention to stop...not yet... cuma kena cari masa... takpe.. tue cite dalam post lain... mmmm... 2011.. konon aku sibuk kerja... fokus pada kerja yang mana aku rasa rugi masa setahun berlalu begitu sahaja... nasib baik cepat sedar... heheh.. alhamdulillah)
Okay balik kepada cite asal, sejak balik dari Seoul, bila mendengar rakan seperjuangan Tim bakal menamatkan perkhidmatan ... hati aku bagaikan meronta... eh apa yang aku buat sekarang nie? Kembali muhasabah diri, apa hala tuju seterusnya di dalam perkhidmatan ini... Kawan-kawan semua berpesan, sabar... bawa-bawa buat solat istikharah... fikir dengan tenang... kalau dah buat keputusan... jangan takut... aku meyakinkan diri bahawa REZEKI ALLAH ITU AMAT LUAS DI LUAR SANA... fokus dan yakin... buka minda... dan aku sedar... aku tidak boleh membiarkan perasaan TAKUT menyelebungi diri ini... yes, i need to change for a better life... tiada apa yang kurang pada diri aku untuk masuk ke dalam 'hutan bandar'... so why not give a try... akhirnya... aku kembali dalam blog ni dengan Azam Baru... "Keluar dari dimensi Zon Selesa dan Masuk dalam Zon Huru-hara..." teruja seketika untuk mencabar diri sendiri...
Okay Adawiah...short term... score dalam master dan kejar 5 to 6 figure ke arah jutawan... long term... aku nak hidup senang bangi membolehkan aku melakukan kebajikan... kebajikan kepada keluarga, masyarakat dan diri sendiri... yea... kembali dengan Azam Baru.... Good Luck Adda!!!

*Jika anda rasa entry kali ini memberi semangat buat anda, sila share dengan orang lain. Saya sedang berusaha dan semoga kita bersama-sama Menuju Puncak!

Adawiah -019.699.71.01-